Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI)

Pengenalan

Universiti Malaysia Kelantan atau ringkasannya UMK ialah sebuah Universiti Awam (UA) ke-19 ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia yang ditempatkan di Negeri Kelantan Darul Naim.

Sebagai sebuah universiti komprehensif dan berfokus, UMK memberi tumpuan kepada pendidikan keusahawanan yang merealisasikan ciri-ciri sebuah universiti keusahawanan. Penubuhan sebuah universiti di Negeri Kelantan telah menjadi satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi Negara. YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

Penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diwartakan pada 7 Disember 2006 melalui Warta Kerajaan P.U. (A) 415 sebagai sebuah Universiti dan berkuatkuasa pada 1 September 2006.

Selaras dengan penubuhan dan pewartaan UMK sebagai Universiti Awam ke-19, pembangunan strategik Universiti Malaysia Kelantan adalah memenuhi kehendak perintah pemerbadanan iaitu:

‘Maka hendaklah ditubuhkan suatu institusi pengajian tinggi yang mempunyai taraf Universiti, sebagai suatu pertubuhan perbadanan, bagi maksud mengadakan, memajukan dan mengembangkan pengajian tinggi dalam bidang industri kecil dan sederhana, keusahawanan, perbankan, kewangan dan perniagaan Islam, bioteknologi, agrobioteknologi, biokimia, bioinformatik, seni dan rekabentuk kreatif, pengajian bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Perancis, bahasa Mandarin dan lain-lain, industri berasaskan pertanian, sumber asli dan industri pembuatan, dan bidang pengajian lain yang perlu, serta juga mengadakan penyelidikan dan pengumpulan dan pemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan dalam bidang pengajian itu.’ (Warta Kerajaan P.U. (A) 415/2006)

Falsafah kurikulum pengajian di UMK adalah berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan enterprais. Oleh itu frasa rangsangan seperti ‘Keusahawanan Teras Kami’ dan ‘Universiti Keusahawanan’ diangkat sebagai tema utama yang harus dihayati secara berkesan oleh warga UMK. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga (3) bidang pengajian iaitu Keusahawanan dan Perniagaan; Teknologi Kreatif dan Warisan; dan Agro Industri dan Sains Sumber Asli.

Seiring dengan penubuhan TIGA (3) fakulti sulung di UMK iaitu Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) pada tahun 2007, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI) juga ditubuhkan dan mendapat kelulusan untuk beroperasi daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui surat makluman bertarikh 27 Januari 2007.

Penubuhan PBI diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui surat makluman bertarikh 27 Januari 2007. Bermula saat itu, PBI mengorak langkah merealisasikan objektif penubuhannya selaras dengan kehendak perintah pemerbadanan UMK dengan menawarkan kursus-kursus ‘pengajian bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Perancis, bahasa Mandarin dan lain-lain’, dan kursus-kursus umum universiti termasuk Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik, Falsafah Ilmu dan lain-lain.

Pada tahun 2007, PBI ditadbir oleh Pengarah pertama iaitu Profesor Madya Dr. Farok Zakaria (kini Profesor Dr. Farok Zakaria) dengan dibantu oleh staf akademik awalan termasuk En. Marwan Ismail (kini Dr. Marwan Ismail), En. Mohd. Zain Mubarak (kini Profesor Madya Dr. Mohd Zain Mubarak), Dr. Nur Azuki Yusuff (kini Profesor Madya Dr. Nur Azuki Yusuff).

Pejabat pentadbiran pertama di PBI bertempat di UMK Kampus Kota sejak tahun 2007 sehingga perpindahan ke Kampus Bachok pada tahun 2012. Bermula 2012, pejabat pentadbiran dan bilik-bilik staf akademik PBI ditempatkan di Tingkat 1, Bangunan Akademik dan Pentadbiran (BAP).

Pada bulan Jun 2017, bangunan baharu PBI siap dibina di UMK Kampus Bachok. Justeru, bulan Julai 2017 menjadi tanda permulaan baharu kelangsungan pembangunan PBI setelah 10 tahun di mana perpindahan pejabat pentadbiran PBI dan bilik-bilik staf akademik PBI ke bangunan baharu selesai disempurnakan. Majlis solat hajat dan majlis jamuan kesyukuran diadakan bagi menyatakan puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam di atas nikmat kurniaan-Nya ini.  

PBI kini mempunyai seramai 100 orang staf (81 aktif dan 28 tidak aktif). Staf akademik seramai 91 orang dan staf pentadbiran seramai 9 orang. Staf akademik PBI (pensyarah dan guru bahasa) berada di tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Ketiga dan Jabatan Sains Kemanusiaan.

My Government  Ministry of Education Malaysia  MSC  MAMPU  JPA  IIM  1MALAYSIA  MQA  UPU  MYIDEAS

VISITOR COUNTER

0945992
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1695
2952
20116
20116
62323
108801
945992

CONTACT US

 LOGO_MELINTANG.png

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

"Centre for Language Studies and Generic Development"

Universiti Malaysia Kelantan

Locked Bag 01, 16300 Bachok 

Kelantan, MALAYSIA.

Telephone:09-779 7445

Fax:09-779 7442