Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Centre for Language Studies and Generic Development 

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1440H
Hari Video Bahasa Asing 2019
selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak
READING BIBLE IN ISLAMIC CONTEXT: QUR'ANIC CONVERSATION
PROGRAM READ&SHARE@UMK 2019

 

 

photo 2018-06-11 13-54-30 photo 2018-06-11 13-54-55

photo 2018-06-11 13-55-03 photo 2018-06-11 13-55-10

 

 

Pada 19 hb Mei 2018, Jabatan Sains Kemanusian, Pusat Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah (PBI) telah menganjurkan satu Program Sokongan P&P. Program ini diadakan bagi mengukuhkan lagi kefahaman pelajar mengenai kursus yang dipelajari dari Jabatan Sains Kemanusiaan; iaitu kursus USK 1012 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)), USK 1022 (Hubungan Etnik) & USK 1042 (Falsafah Ilmu).

Program ini berlangsung selama dua jam bermula jam 2.00 petang dan berakhir 4.00 petang dan disampaikan oleh aktivis negara Dr Ann Wan Seng bertempat di Dewan Auditorium, UMK Bachok. Dr Ann Wan Seng merupakan aktivis sosial, pendakwah, penceramah, pakar motivasi, kolumnis, penyelidik dan penulis aktif yang menghasilkan lebih 60 buah buku dan 5000 makalah. Di antara buku tulisan beliau ialah Mencari Islam Di China, Cerita MInoriti Muslim Di China, Perjuangan Islam Di China, Saat Islam Sampai Ke China, Laksamana haji Muhammad Cheng Ho, Pelayaran Cheng Ho, Rahsia Bisness Orang Cina, Formula Bisness Negara China dll.

Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Naib Yang Dipertua Pertubuhan Jamiah Selangor & Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kuala Lumpur.

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Nur Azuki bin Yusuff dan dihadiri oleh sebahagian tenaga pengajar UMK Bachok. Dalam program tersebut Dr Ann Wan Seng memberikan perkongsian yang mendalam mengenai Peradaban Islam Di China, bermula dengan kemasukkan Islam ke China, perkembangan Islam di China, kesan-kesan peradaban Islam di China dan sumbangannya kepada negara China.

My Government  Ministry of Education Malaysia  MSC  MAMPU  JPA  IIM  1MALAYSIA  MQA  UPU  MYIDEAS

VISITOR COUNTER

1217062
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2003
4198
30382
30382
94764
143193
1217062

CONTACT US

 LOGO_MELINTANG.png

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

"Centre for Language Studies and Generic Development"

Universiti Malaysia Kelantan

Locked Bag 01, 16300 Bachok 

Kelantan, MALAYSIA.

Telephone:09-779 7445

Fax:09-779 7442