Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Centre for Language Studies and Generic Development 

 

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Penubuhan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui surat makluman bertarikh 27 Januari 2007. Selama lebih satu dekad operasi (2007-2018), PBI meyakini bahawa nilai teras organisasi amat penting dalam usaha merealisasikan agenda yang dirancang. Justeru, LIMA (5) Nilai Teras diangkat menjadi nilai yang wajib dihayati iaitu Ukhuwwah, Kreatif & Inovatif, Integriti, Mesra & Cakna dan Profesional. PBI percaya bahawa kerjasama sebagai satu pasukan amat penting dalam menjayakan agenda yang telah digariskan.

PBI terdiri daripada tiga Jabatan iaitu Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Ketiga dan Jabatan Sains Kemanusiaan. Di peringkat prasiswazah, PBI menawarkan 28 kursus yang dikategorikan sebagai Kursus Wajib Universiti/Kursus Umum Universiti yang diambil oleh semua pelajar UMK mengikut semester. PBI menawarkan kursus-kursus ini di ketiga-tiga kampus; UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli.

Di peringkat pascasiswazah, PBI menawarkan program Ijazah Sarjana Sastera dan Ijazah Kedoktoran dalam tujuh (7) bidang iaitu 1) Sejarah dan Peradaban; 2)Agama dan Kontemporari; 3) Pembangunan dan Pendidikan Nilai; 4) Psikologi Industri Organisasi; 5) Kerja Sosial; 6) Pengajian Bahasa; dan 7) Komunikasi. Buat masa ini, PBI mempunyai 73 orang pelajar pascasiswazah (28 orang pelajar sarjana dan 45 orang pelajar PhD).

Sehingga kini, PBI mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 100 orang terdiri daripada 91 orang staf akademik dan 9 orang staf pentadbiran. Seramai tujuh 27 orang pensyarah/guru bahasa sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D dalam dan luar negara.

PBI telah menyemak perancangan bagi 3 tahun akan datang dan telah menghasilkan dokumen Pelan Strategik PBI 2018-2020. Pelan strategik ini menjadi rujukan dan panduan utama dalam merealisasikan hala tuju PBI pada masa akan datang. Bagi tahun 2018, pendekatan RISE (Restructure, Invest, Systematise, Empower) telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan PBI bagi menjayakan sasaran tahunan yang telah ditetapkan. Pendekatan ini diharapkan dapat menatijahkan hasil yang produktif dan berkesan dalam mencapai objektif PBI berpandukan nilai teras PBI yang seharusnya menjadi pemangkin perubahan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan sebarang kerjasama dari pelbagai pihak – agensi kerajaan dan swasta, industri dan institusi berkenaan untuk bersama membangunkan bidang pendidikan berteraskan bahasa dan sains kemanusiaan di Malaysia. Adalah diharapkan semoga laman web PBI ini dapat memberikan gambaran yang mengenai aktiviti dan pencapaian semasa PBI bagi tahun 2018 dan tahun-tahun sebelumnya.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat dan Laman Web PBI 2018 yang telah gigih berusaha membina dan menyelenggara laman web ini.

Dengan moto PBI ‘Demi Tuhan, Kami Berbakti’ PBI bergerak untuk mengangkat agenda agama, bangsa dan negara dalam usaha melahirkan insan soleh dan musleh dalam masyarakat. Semoga usaha ini diberkati-Nya.

Sekian, terima kasih.

Dr. Burhan Che Daud

Pengarah PBI

My Government  Ministry of Education Malaysia  MSC  MAMPU  JPA  IIM  1MALAYSIA  MQA  UPU  MYIDEAS

VISITOR COUNTER

0698151
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2278
2078
5254
9674
32007
79839
698151

CONTACT US

 LOGO_MELINTANG.png

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

"Centre for Language Studies and Generic Development"

Universiti Malaysia Kelantan

Locked Bag 01, 16300 Bachok 

Kelantan, MALAYSIA.

Telephone:09-779 7445

Fax:09-779 7442