Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Centre for Language Studies and Generic Development 

LAPORAN AKTIVITI YANG TELAH DIJALANAKAN JABATAN BAHASA KETIGA 2018

LAPORAN AKTIVITI YANG TELAH DIJALANAKAN JABATAN BAHASA KETIGA 2018

ARAB

K-INOVASI

Pertandingan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung pada Januari 2018 di UKM, Bangi yang telah diwakili oleh Wan Ab Aziz. Beliau telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam pertandingan tersebut. Melalui pertandingan ini, berjaya menaikkan nama universiti dan bahagian pusat di samping menyahut galakan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UMK agar lebih inovatif dan kreatif.

ARAB

International MEDLIT Conference 2018 anjuran UMK & ERASMUS

Pertandingan Poster Massive Open Online Course (MOOC) telah diwakili oleh Wan Ab Aziz & Amanee Abdul Hai. Pertandingan ini berlangsung pada 5-7 Mac 2018 di Palace of The Golden Horse, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Wan Ab Aziz & Amanee Abdul Hai telah berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan tersebut. Melalui pertandingan ini, berjaya menaikkan nama universiti dan bahagian pusat di samping menyahut galakan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UMK agar lebih inovatif dan kreatif.

PERANCIS

Lawatan Ke Hari Kebangsaan Francophonie (Negara-Negara Berbahasa Perancis) Di Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur.

Satu lawatan Ke Hari Kebangsaan Francophonie (Negara-Negara Berbahasa Perancis) Di Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur telah dibuat oleh unit bahasa perancis UMK. Seramai 30 orang pelajar bahasa Perancis tahap 2 dan dua orang pensyarah sebagai guru pengiring telah terlibat. Lawatan ini dibuat pada 3-5 April 2018. Tujuan lawatan adalah untuk Memberi pendedahan kepada pelajar bahasa Perancis, tentang budaya Perancis dan budaya negara-negara lain yang berbahasa Perancis. Pelajar telah mengambil bahagian dalam pertandingan video dan memenangi tempat ketiga.

JEPUN

Lawatan dari Kedutaan Jepun Kuala Lumpur

Unit Bahasa Jepun UMK telah menerima Lawatan dari Kedutaan Jepun Kuala Lumpur pada 1 Januari 2018 yang berlangsung di UMK. Tujuan lawatan dibuat adalah Menjalinkan hubungan yang baik antara UMK dan pihak kedutaan. Bahasa Jepun menjadi bahasa yang sangat popular dalam kalangan pelajar. Pelajar mendapat banyak manfaat dari bantuan kedutaan Jepun.

JEPUN

Lawatan ke Pusat Asasi Jepun di Kuala Lumpur (JFKL)

Pada 8 – 10 Mac 2018, Unit Bahasa Jepun bersama unit Hal Ehwal Pelajar telah membuat satu Lawatan ke Pusat Asasi Jepun di Kuala Lumpur (JFKL). Lawatan ini bertujuan Supaya pelajar dapat mempelajari budaya Jepun dan diberikan pendedahan kepada kemudahan di JFKL. Pelajar mendapat motivasi untuk belajar dan mendapatkan maklumat dari pihak JFKL mengenai pembelajaran Bahasa Jepun.

JEPUN

Pertandingan Mengeja

Unit Bahasa Jepun UMK telah menganjurkan satu Pertandingan Mengeja yang mempertandingkan kebolehan mengeja menggunakan bahasa Jepun dalam kalangan pelajar. Penulisan juga menjadi salah satu elemen terpenting dalam mempelajari setiap bahasa. Pelajar dapat mempraktik bahasa yang telah mereka pelajari melalui program ini. Program ini telah berlangsung pada 2 April 2018 di UMK.

MANDARIN

Bengkel Pengukuhan Karakter Cina

Unit Bahasa Mandarin telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Karakter Cina pada 24 April 2018, 5 dan 19 Mei 2018 di kampus Kota, Bachok dan Jeli. Porgram ini Memberi peluang kepada lebih dari 200 pelajar Bahasa Mandarin di UMK Kota, Bachok dan Jeli untuk mempraktikkan Karakter Cina di luar kelas supaya lebih memahami sejarah, budaya, cara penulisan karakter cina yang lagi mendalam. Program ini telah berjalan dengan lancar.

MANDARIN

Teaching Enhancement and Learning Innovation Carnival (TELIC) 2018

Pada 15-16 Mei 2018, unit bahasa Mandarin telah menyertai Teaching Enhancement and Learning Innovation Carnival (TELIC) 2018 di UMK Bachok. Penyertaan ini adalah untuk memperkenalkan e-learning Bahasa Mandarin kepada universiti dan masyarakat luar dan mempertingkatkan pengetahuan cikgu-cikgu dan pelajar-palajar Bahasa Mandarin dengan menggunakan e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Unit bahasa Mandarin telah berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan tersebut.

MANDARIN

Program Prof@ School: Program Mentor-Mentee Pendidikan Stem Universiti Malaysia Kelantan

Program Prof@ School: Program Mentor-Mentee Pendidikan Stem Universiti Malaysia Kelantan telah diadakan pada 21 Mei 2018 oleh unit Bahasa Mandarin di UMK Kampus Kota. Program ini bertujuan untuk Mempromosikan agenda STEM Negara dengan penganjuran Program Mentor-Mentee STEM bersama sekolah di Kelantan dan memperkenalkan e-learning Bahasa Mandarin kepada sekolah-sekolah di Kelantan. Program ini telah berjalan dengan lancar.

MANDARIN

Program ‘17th Chinese Bridge Competition 2018’ Anjuran Institut Kongzi Universiti Malaysia

Pada 5 Mei 2018, unit Bahasa Mandarin di UMK telah mengadakan lawatan Program ‘17th Chinese Bridge Competition 2018’ Anjuran Institut Kongzi Universiti Malaysia di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Program in bertujuan untuk memperkenalkan Budaya Cina dan Bahasa Mandarin kepada pelajar yang bukan bertutur Bahasa Mandarin sebagai Bahasa pertama. Program ini juga Memberi peluang kepada pelajar Bahasa Mandarin memahami Budaya Cina dan Bahasa Mandarin dengan lagi mendalam, di samping mencungkil bakat mereka.

MANDARIN

Kelas Intensif HSK (Chinese Proficiency Test)

Seramai 40 Pelajar Bahasa Mandarin di Kampus Kota telah menyertai Kelas Intensif HSK

(Chinese Proficiency Test) pada April – Jun 2018 di UMK Kampus Kota. Program ini bertujuan untuk Memperkenalkan HSK kepada pelajar-pelajar Bahasa Mandarin yang berminat untuk mengambil peperiksaan HSK. Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar Bahasa Mandarin bersiap sedia untuk mengambil peperiksaan HSK yang akan diiktiraf di seluruh dunia. SIjil HSK dapat membantu pelajar dalam mengambil kursus pendek di Negara China, bahkan juga lebih mudah mencari kerja di syarikat Cina. Program ini telah berjalan dengan lancar.

 

THAI

Program THE VOICE  

Pada 28 MARCH 2016, unit bahasa Thai UMK telah menganjurkan Program THE VOICE di DTC kampus Kota. Program ini bertujuan untuk Persediaan bagi program Ijazah Bahasa Thai. Melalui program ini, pelajar ahli-ahli kelab Thai dapat didedahkan kepada budaya Thai dan kemahiran menguruskan program. Program ini telah berjalan dengan lancar

My Government  Ministry of Education Malaysia  MSC  MAMPU  JPA  IIM  1MALAYSIA  MQA  UPU  MYIDEAS

VISITOR COUNTER

0866060
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
309
2645
5390
27377
91192
51562
866060

CONTACT US

 LOGO_MELINTANG.png

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

"Centre for Language Studies and Generic Development"

Universiti Malaysia Kelantan

Locked Bag 01, 16300 Bachok 

Kelantan, MALAYSIA.

Telephone:09-779 7445

Fax:09-779 7442